KONSEP-KONSEP
ASAS PERAKAUNAN
•Prinsip Perakaunan
Diterima Umum
-Peraturan yang perlu
dipatuhi dalam perakaunan.
-Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti ekonomi.
-Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan yang standard.
-Situasi yang sama
akan
diukur, direkod dan dilapor dengan cara yang sama
oleh
semua
akauntan.
TUJUAN
-Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat perbandingan.
•Konsep-Konsep Perakaunan
•Kos Sejarah (Historical Cost)
-Aset direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli.
-Sebab – objektif dan boleh dibuktikan.
Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan harga RM20,000 pada
21 Ogos
2005. Harga
pasaran meningkat kepada RM25,000 pada
keesokannya. Apakah nilai yang harus
direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa?
Penyelesaian:
Nilai yang direkod adalah RM20,000 kerana nilainya telah dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga belian.
•Pengukuran Wang
(Monetary Unit)
Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan dan ia dianggap stabil.
Contoh:
Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntan perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebut sehingga nilai dalam wang
dapat
dipastikan.
Penyelesaian:
Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat
dan
nilai
ini
tidak
akan
diubah mengikut nilai inflasi.
•Entiti Berasingan (Separate Entity)
Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza.Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik .
Contoh:
En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untuk
kereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya.
Penyelesaian:
En. AA tidak
mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah perbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku perniagaannya.
•Usaha Berterusan (Going Concern)
Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan.
Tidak
dibubarkan dalam jangka pendek.
Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan.
Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM20,000 dengan anggaran jangka hayatnya selama 10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM25,000. Adalah dicadangkan kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.
Penyelesaian:
Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep usaha berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM20,000 dan
disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak
boleh
ditetapkan
•Ketekalan (Consistency)
Kekalkan semua kaedah yang digunakan.Tujuan – mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lain.
Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan.
Contoh:
Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilai susutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan?
Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah
digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya.
•Tempoh Perakaunan
(Accounting Period)
Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur dan dibandingkan.
Contoh:
Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006. Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat.
Penyelesaian:
Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.
•Materialiti (Materiality)
Dianggap material atau
tidak
dari
segi
nilai
(angka)
dan
maklumat jika ia boleh mengubah keputusan yang akan
dibuat oleh pembuat keputusan.
Penentuan materialiti:-
a) perlu buat bandingan.
b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat.
Contoh:
Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan
RM10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda.
Penyelesaian:
Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk
mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM10. Ia
lebih
sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM10,000 adalah material untuk
disusutnilaikan selama 10 tahun.
•Realisasi (Realisation)
Hasil
hanya
diambilkira jika ia benar-benar berlaku.
Kriteria:-
-berlaku
pertukaran
hakmilik.
-pembeli
sanggup
bayar.
-kestabilan
nilai
matawang.
-pembeli
berupaya
bayar.
Contoh:
En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100 pasu tembikar dan telah menerima bayaran sebanyak RM100. Beliau telah merekodkan tempahan tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan diterima. Berikan pendapat anda.
Penyelesaian:
En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai hasil kerana urusniaga pertukaran hak milik belum berlaku dan bayaran tersebut hanyalah sebagai deposit. Tindakannya tidak menepati konsep realisasi.
•Pemadanan (Matching/Accrual)
Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk tempoh yang sama.
Tujuan – ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan.
.
Contoh:
En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember sebanyak RM 2000 kerana bil hanya diterima dalam bulan Januari berikutnya.
Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh semasa perlu direkodkan dalam tempoh perakaunan semasa.
•Konservatisme / Pruden (Conservatism / Prudent)
Jika
ada
jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.
Aset
tidak
terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata
Contoh:
Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat menjangkakan syarikat akan kalah dalam perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar RM10,000 sebagai pampasan. Apa pendapat anda?
Penyelesaian:
Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam Penyata Kewangan.
•Pendedahan Penuh (Full Disclosure)
Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi.
Contoh:
Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak
mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.
Penyelesaian:
Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.
•Objektiviti (Objectivity)
Semua
data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga.
Tujuan
– elak
daripada
akauntan
beri
pendapat
yang subjektif
dan
tidak
tepat.
Rekod
boleh
dipercayai benar dan tepat.
Contoh:
Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga pemulangan barang jualan tiada sebarang dokumen dikeluarkan.
Beri
pendapat anda.
Penyelesaian:
Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga pemulangan barang jualan kerana semua
urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu. Selain
sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat.
Koh May Jee (04DAT13F1138)
Siti Hajar Bt Kamarudin (04DAT13F1094)
Tq.I really need this to start learn accounting at matriculation
ReplyDelete